Thursday, 24 November 2011

JAGA KELI PUN TAK RETI, ADA HATI NAK JAGA NEGERI

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan BN pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

NONEMuhyiddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di Sungai Petani, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata Timbalan Perdana Menteri.

Sebenarnya Tan Sri, ramai sangat dah rakyat Kedah ni dok tak sabar-sabar nak tunggu PRU ke-13. Masing-masing nak tebus silap yang depa buat dalam PRU yang lalu.

Banyak orang silap, depa sangka rakyat kedah bagi undi kat PR hari tu sebab yakin PR ni bagus. Bukan macam tu. Time PRU ke-12 tu kebanyakan depa dok menyebai kat UMNO dan BN atas beberapa isu. Campur pulak dengan sekerat dua orang kita yang dok berlaga sama sendiri dan dok lawan jadi merak buih.

Rakyat marah. Depa geram. Jadi depa pakat bagi undi kat pembangkang. Tujuan depa nak bagi padan muka puak yang depa dok geram tu. Rupa-rupanya terbalik kong. Dengan depa-depa sendiri habis tumpang kena.

La ni depa dah sedar. Rakyat kebanyakan pulak dah nampak setakat mana kemampuan pembangkang. Jangan kata nak jaga negeri, jaga ikan keli pun depa tak reti. Kebolehan depa cuma setakat jual balak saja.

Wednesday, 23 November 2011

KONDOM DI SUNGAI KEDAH...HANGIT PUNYA SEJAHTERA!

Beberapa blogger pro-BN mendedahkan bagaimana kondom-kondom bertaburan di kawasan Taman Rekreasi Sungai Kedah (baca di sini), sebatang sungai di pinggir Alor Setar, ibu negeri yang diperintah oleh PR dengan teraju utamanya dipegang oleh PAS.

Tentu la ada yang hairan macam mana benda macam tu boleh jadi dengan leluasa di negeri yang diperintah oleh puak yang perasan dirinya 'Islamic' serba-serbi tu.

Tapi sapa pun tak sah la hairan kalau nanti puak PAS kata geng UMNO/BN saja pi tabur kondom tu kerana nak memburuk-burukkan depa.

Menyalahkan orang lain dah jadi darah daging depa. Menuduh orang lain berbohong, buat fitnah dan sebagainya pun dah jadi tulang dan urat depa. Tu la saja yang depa pandai. Yang lain depa tak reti. Pasai tu la 'meniaga ikan keli' pun lingkup!

Monday, 21 November 2011

TPM LAWAT KEDAH LUSA


Lusa, Khamis, Kedah akan menerima tetamu istimewa iaitu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau  akan mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini, demikian menurut kenyataan pejabat Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri.

Muhyiddin dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang pada pagi dan ke Pekan Sungai Lalang, Merbok dekat Sungai Petani, Kedah bagi menghadiri program Sarapan Pagi 1Malaysia bersama Rakyat Setempat.

Selepas itu, beliau akan menghadiri perjumpaan khas Timbalan Perdana Menteri bersama guru-guru sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah agama rakyat, sekolah agama negeri dan pesara guru di Dewan Perdana Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Seterusnya, Muhyiddin akan menunaikan solat Zohor di Masjid Al-Irsyad, Serdang, Bandar Baharu sebelum menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia dan Penyerahan Simbolik Wang RM100 kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama serta cek pinjaman Tekun Nasional Parlimen Kulim Bandar Baharu di Dataran Serdang.

Timbalan Perdana Menteri juga akan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato” Lela Pahlawan, Padang Serai sebelum menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri dengan kepimpinan masyarakat Badan Bukan Kerajaan (NGO) seluruh Kedah dan penduduk setempat di Taman Mutiara, Padang Serai.

Beliau dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 6 petang.

Sunday, 20 November 2011

LEBUR RM400,000...KELI 150,000 EKOR

Syabas kepada kerajaan Kedah kerana berjaya merugikan hampir RM400,000 dalam projek ternakan ikan Keli-K yang diusahakan di Sungai Pau, Sik.

Amiruddin a.k.a. Amiruddin-K
Angka itu bukan UMNO yang kata, bukan BN yang reka, tapi disebut sendiri oleh EXCO Industri, Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Kata Amiruddin,  projek itu dilaksanakan oleh Novel Ventures Sdn Bhd (NVSB) di tanah seluas kira-kira lima hektar secara usaha sama, iaitu Menteri Besar Diperbadankan yang memegang saham 51 peratus dan Dawi Corporation 49 peratus saham.

Projek itu bertujuan melaksanakan ternakan ikan keli secara komersial, termasuk untuk ditinkan bagi pasaran tempatan dan eksport, selain membantu penduduk miskin meningkatkan pendapatan melalui penternakan ikan keli secara kontrak.

“Apa yang dijanjikan NVSB tidak menjadi kenyataan dan sehingga tempoh 31 Disember 2010, projek itu mencatat kerugian sebanyak RM397,423 akibat kos operasi yang tinggi, termasuk kos makanan ikan dalam bentuk pellet selain sumber elektrik yang dijana melalui generator.

“Bagi mengelak kerugian lebih besar, kerajaan negeri menamatkan kontrak syarikat itu dan menyerahkannya kepada anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Kedah Agro yang kini mula menunjukkan tanda pemulihan.
Pemulihan lagu mana tu agaknya? Kalau ikut kata Amiruddin la ni dok ada kira-kira 150,000 ikan keli pelbagai peringkat di projek itu.

Tu dia, lebur RM400,000, hasilnya cuma 150,000 ekoq. Baguih sungguh cara depa berniaga.

Kalau ikut perancangan tu, kata Amiruddin lagi, jika dapat harga RM3.50 sekilo, ikan-ikan keli itu bolehlah dipasarkan secara segar. Kalau tidak, nak kena usaha cara lain termasuk mengetinkannya. Kilang pengetin di Sungai Petani pun dah siap. La depa dok try beberapa perasa.

Elok la tu. Jangan lepas ni timbui cerita duit lebur di kilang pengetin tu pulak. Yang tinggal cuma bumbung, dinding dan rangka kilang.

Wednesday, 16 November 2011

Apa Depa Nak Jawab?

Ketua Pembangkang dalam DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) meminta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai seorang individu yang berjaya mendapatkan semula tanah miliknya di Pulau Langkawi walaupun tanah itu telah dirampas kerajaan negeri kerana gagal membayar cukai tanah yang tertunggak sehingga mencecah RM14 juta.

Menarik soalan tu.

Kalau yang bertanya tu puak depa dan yang kena tanya tu puak BN, kita dah boleh agak apa jadi. Dah soheh puak depa akan buat macam-macam spekulasi. Paling lekeh pun kata yang dapat balik tanah tu kroni orang tu orang ni.

Tapi kita guna cara depa. Hati kita tak sebusuk tu. Otak kita pun tak sekarat tu.

La ni apa yang kita patut buat ialah pakat-pakat tunggu tengok apa nak jawab.

Lepas tu kita tengok pulak jawapan tu boleh dipakai ka dak…

Tuesday, 15 November 2011

Antara Lidah Biawak dan Lidah Depa

Ada sorang nama Tok Senapi ka apa tak tau la dalam blog kedahla dok meroyan. Sambil puji kawan-kawan dia di urus setia penerangan pasai adakan siaran langsung Sidang DUN (Bajet) untuk kali ini, dia balun la BN kata media BN tak berani buat macam tu. Kemudian tu dikata pulak macam ni 'Alahaii.. Gempa bumilah negeri Kedah kalau depa berani siar ucapan YB-YB Kerajaan. Ucapan MB yang dah 4 tahun memerintah negeri sepatah pun takleh dengaq melalui RTM...'

Nampak sangat la selama ni hangpa dok pemuhong orang dan diri sendiri. Hangpa kata TV3 tak guna, RTM tak guna, main stream media tak guna. La ni dah soheh dah bahawa yang betuinya RTM tu berguna sangat-sangat la kan? Kalau tak berguna pasai apa hangpa dok meroyan bila RTM tak siar ucapan bos hangpa?

Wahhh, Sejahteranya Kedah....

Kedah la memang dah sejahtera
pasai tu la surau pun depa boleh buat ikut suka
rakyat berdemo nak luahkan rasa
tapi depa buat tak dengaq saja.

Depa memang pandai bagi alasan
bab kelentong sapa buleh lawan
pusing kiri pusing kanan
mai election ni baru la depa ketahuwan!